CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Senin, 04 Mei 2009

Parkinson???Penyakit apa itu???


Penyakit Parkinson ialah gangguan neurologi yang progresif dan tidak dapat disembuhkan. Penyakit Parkinson menunjukkan ciri-ciri tremor, ketegaran dan pergerakan yang lambat. Penyakit Parkinson biasanya menghadapi masalah dalam mengunyah atau menelan makanan kerana rawatan drug akan menyebabkan pergerakan lidah dan mulut yang abnormal.
Mengambil makanan yang sesuai dapat membantu dalam pengurusan penyakit Parkinson. Berat badan perlu dikawal karena berat yang berlebihan akan menyukarkan lagi pergerakan penyakit Parkinson. Penyakit Parkinson harus mengambil makanan yang dapat mencegah sembelit yang merupakan masalah biasa dalam penyakit Parkinson. Selain itu, drug perlu diambil sekurang-kurangnya 40 menit sebelum makan dan hidangan perlu mempunyai kandungan protein yang sederhana. Ini karena pengambilan protein berlebihan akan menjejaskan tindakan drug L-dopa yang digunakan dalam mengawal penyakit Parkinson.

Tip Rawatan:
Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan fiber seperti prune, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin untuk mencegah dan memperbaiki sembelit serta membekalkan vitamin B, C dan E.
pengambilan cecair iaitu sekurang-kurangnya 1.7 liter sehari untuk mencegah sembelit. Minuman yang paling sesuai ialah air dan jus buah-buahan.

Perbanyakkan pengambilan makanan berfiber tinggi

0 komentar: